Tuesday, 5 April 2016

MAMA

     Assalamualaikum. semua sihat? Hmm.. harini aku nak citer tentang mama.. mama ni adalah panggilan bagi mak aku.. mak aku Nyarus binti Ahmad. and beruur 53 tahun. mak aku seorang yang sangat penyayang dan akan ambil berat tentang anak-anak dia. dia sanggup tak makan sebab anak dia tak makan. dia sanggup susah sebab nak anak dia senang. dia sanggup buat apa saja untuk aku. kadang-kadang aku terpikir adakah aku boleh jaga mak aku ni macam mana dia jaga aku dari kecik sampai sekarang.

     Kadang-kadang aku nangis tengok mak aku cari duit. Mak aku seorang suri rumah sepenuh masa dan dia mencari rezeki dengan kelebihan yang dia ada. Dia akan buat kuih bila orang tempah and setiap tahun dia akan buat biskut raya time puasa. Dia banyak mengajar aku tentang kehidupan. tentang susah senang untuk mencari rezeki, untuk menempuh kehidupan ni. mengajar aku tentang agama, dan banyak lagi.

    Aku menganggap mak aku ni sebagai pendorong semangat bagi diri aku. sebagai penasihat aku ketika aku rasa jatuh. senjata aku tiap kali aku sedang menduduki peperiksaan kerana aku akan minta dia mendoakan aku supaya aku tenang untuk menjawab, mak aku juga sebagai chef terbaik aku dan banyak lagi. kalau aku nak citer semuanya memang tak akan habis.

    Mak aku juga sebagai teman aku, sahabat aku dan penyeri hidup aku. Aku tak kisah orang nak kata aku anak mak, anak manja. takpe aku tak kisah.Janji aku dapat berbakti pada makdan ayah aku. aku sanggup korbankan apa je untuk mak aku asalkan dia bahagia. aku tak tahu kalau satu hari nanti allah ambil dia dari dunia ni. mak aku pernah tanya aku dan aku cakap mungkin aku akan gila. aku tak tau macam nak tempuhnya nanti. Aku akan selalu doakan mak aku.

#senyumselalu
#staypositive

    Last but not least, 17/4 adalah birthday mak aku. Aku nak ucap advance wish. Adik nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY pada mamaku yang tercinta. Adik doakan mama sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. dipermudahkan urusan dunia dan akhirat dan adik akan usaha belajar sungguh-sungguh supaya mama tak payah susah-susah lagi. :'(


No comments:

Post a Comment