Saturday, 28 May 2016

Annual General Meeting (AGM) 2016

  Assalamualaikum. hmm.. harini kita nak cakap tentang Annual General Meeting. hehe. memang banyak memori yang tercipta. cewah.  dapat rasa bekerja dalam satu organisasi. memang banyak cabaran sebab kita kena satukan kepala kita dari dua kepala. hmm macam biasalah. banyak sangat masalah dan banyak sangat karenahnya. best sebenarnnya KE ni. KE ni ialah Kelab Ekonomi.

    Alhamdulillah aku dicalonkan menjadi Presiden tapi aku tak yakin nak galas tanggungjawab tu so aku memang jawab merapu. tapi alhamdulillah aku dilantik sebagai SU. haha. get ready lah nanti untuk menulis surat. hhahahaha. memang AGM ni banyak mengajar aku. baru aku tahu kalau nak buat itu macam mana. bangunan belah ni bahagian apa. dah sethun baru tahu. haha.

  Tapi memang best. senior pun support aku dan yang lain. banyak sangat kenangan.dah last-last baru rapat. tapi takpe. at least kita rapat daripada tak rapat langsung kan. haha. anyway tahniah sesiapa yang telah dilantik dan takziah bagi yang mantan. haha. anyway Kelab Ekonomi adalah yang terbaik. doakan saya dapat melaksanakan tugasan dengan terbaik.





SESAL

  Assalamualaikum. Harini nak cakap tentang sesal. hmm.. nak cakap. aku sesal sangat sebab tak belajar betul-betul. haritu ada majlis anugerah dekan. tengok semua happyy je bila ambil anugerah. Tahniah siapa yang anugerah tersebut. sedih juga sebab tak dapat untuk sem ni tapi insya allah nak cuba sem yang datang ni. doakan ye.
 
    Sesal boleh tapi jangan terbawa-bawa perasaan sesal dan sedih itu. kita cuba untuk bangkit dan terus berusaha utuk capai apa yang kita tak dapat capai dahulu. sebenarnya banyak cerita sesal. aku sesal sebab tak dapat buat yang terbaik untuk setiap program, tak dapat aktif macam orang lain, dan macam-macam sesal sebenarnya. buatlah sesuatu perkara itu dengan baik kerana perkara itu tidak akan kita dapat putarkan balik masanya. kalau boleh setiap harikia buat lebih baik dari semalam.

    Jangan terlampau fikirkan masalah kita dan jangan menyesal terlampau lama. sebab contohnya belajar. nanti akan ada kesan terhadap keputusan kita. so apapun jangan menyesal terlampu sangat.boleh nak menyesal tapi buat seketika sahaja. yang lain kita kena teruskan usaha dan yakinlah pada yang maha esa. setiap ujian itu ada hikmahnya. lastly assalamualaikum. sekian.

#staypostive
#senyumselalu

Sunday, 22 May 2016

TEKANAN

   Assalamualaikum.hmm harini nak cakap tentang tekanan. minggu lps sampai harini aku mengalami tekanan yang memang sampai tahap  maksimum. dan makin nak exam makin banyak tekann yng aku hadapi. yes. aku memnag tak boleh nak kawal tapi aku cba untuk kawal dengan sebaiknya. aku nak minta maaf pada kawan-kawan sebab mungkin lepas aku terlampau tertekan sampai aku memang tak ada mood untuk gurau macam biasa lagi.

    Bukan apa, aku tertekan sebab semua aku yang kena buat dan hampir semua tugasan perlu dibuat secara kumpulan. bila kumpulan kita kena terima macam-macam karenah dan ragam orang yang ada dalam ahli kita. aku tak cakap aku bagus. aku tak cakapyang aku pandai tapi aku cuba untuk buat yang terbaik. aku tak nak orang benci pada diri aku. aku tak nak orang tak suka aku.tapi aku tak boleh kalau orang tu ada buat perangai ngan aku. aku memang tak boleh.

    Ada beberapa je yang aku boleh panggil diorang sahabat. tak semua boleh terima perangai aku. aku ni cepat gopoh, terasa dan macam-macam. aku ni cuba untuk fikir postif tapi kadang-kadang benda tu takkan menjadi. hmm.. lastly, takziah untuk diri ini dan aku akan cuba memperbaiki kesilapan aku. aku minta maaf pada semua.

   #staypositive
   #senyumselalu

Saturday, 21 May 2016

PELUANG

  Assalamualikum. harini tema minggu ini adalah peluang. hmm.. nak cakap tentang peluang ni macam-macam peluang ada. peluang untuk kali kedua, peluang untuk hidup, peluang untuk pergi ke arah yang lebih baik, dan bermacam bentuk peluang ada. hmm kali ni. saya nak cerita tentang peluang kali kedua.

     Waktu zaman sekolah dulu, saya ni telag dicabar or kita orang ni main game TRUE or DARE. waktu ni darjah 6. hmm. dekat belakang saya ni ada 2 orang lelaki.  yang sorang ni suruh saya minta couple dengan kawan sebelah dia ni. sebab kawan dia ni pendiam and kawan dia ni anak cikgu penolong kanan ok. hmm.. saya pun apa lagi. saya amik cabaran tu. lepastu kita orang pun couple. saya bagi surat dekat dia yang saya minta cople and jangan bagitahu sapa-sapa. dia pun balaslah surat saya dan dia terima.haha. tapi dia ni dah terbagi tahu kawan dia dan satu kelas tahu.

   Lepas habis darjah 6, kita orang masing-masing dah tak behubung dan waktu tingkatan 1, dia minta saya couple balik. melalui kawan saya. saya pun terimalahdan waktu tu kelas tak sama.ok lepas tingkatan 3, dia buat hal. sekarang makin lama semua dah makin matang. say pun mesej dia,dia tak balas dan telefon pun tak angkat. lepastu, naik je tingkatan 4, saya dapat tahu dia couple dengan perempuan lain. waktu tu memang marah semua dan saya satu kelas dengan dia. saya tak bertegur dengan dia. sampaikan nak pegi jamuan untuk kelas pun saya taknak sampaikan kawan saya pujuk. dan saya pun pegi. lepastu dia clash ngan perempuan tu, dia contact saya balik. and saya pun terima bila dia minta couple balik.

   Waktu inilah saya bagi dia peluang kedua. dan lepastu waktu nak naik tingkatan 5 tu juga , dia buat ha lagi. dan saya dah beri dia peluang ketiga. dan lepastu saya dah malas dan tengok dia ni macam playboy pun ada. dan start daripada tu saya memang tak couple and malas nak fikir tentang lelaki.

  Jadi, saya nak cakap bila kita dah diberi peluang, ambillah peluang itu dengan sebaiknya. tidaklah peluang itu dari aspek apa. sekian. terima kasih. assalamualaikum

#staypositive
#senyumselalu

Wednesday, 11 May 2016

POSITIF

Assalamualaikum. Hmm. harini nak cakap tentang positif. sebenarnya kalau lihat post saya dari awal-awal akan ada #staypositive kan. sebab apa selalu buat. sebab saya nak buat diri ni sentiasa buat. bila kita sealu buat dan kata-kata itu akan menjadi satu doa. saya kalau boleh nak sentiasa positif even perkara tu kita akan fikir yang bukan-bukan.

   kalau kita rasa bengang or marah ngan seseorang tu disebabkan sesuatu tu, pikir mesti dia ada sebab yang mungkin dia ada masalah so dia tak dapat buat yang baik. contoh macam assigment ke kan. kalau dia suka ambil makanan kita ke. maybe dia orang susah. try untuk sentiasa positif. bila kita sentiasa positif hasilnya akan positif juga.

   Kita fikir bila kita tak positif, kita akan rasa macam-macam benda tak elok. kalau dengan kawan pulak,mungkin hubungan kita ngan kawan kita akan jarak or maybe dah tak rapat macam dulu. so selagi boleh positif and sabar, teruskan atau kalau dah tak boleh, cuba untuk cakap dengan orang itu dengan baik. so, sentiasalah berfikiran positif dan jangan fikir yang bukan-bukan k.

 #staypostive
#senyumselalu


PUTUS

    Assalamualaikum. Yeay Prof Madya Dr. Nur Rasyidah binti Suraji. So, tajuk kita minggu ni ialah PUTUS. Hmm. putus ni banyak. putus cinta, putus tali, putus tangan. hhhh. ok. kali ni saya nak cakap tentang putus harapan. hmm. saya panggil korang sahabat ye. Sahabat kita kalau cepat mengalah atau putus asa atau harapan, kita tak akan berjaya. Orang yang berjaya adalah orang yang belajar dari kesilapan dan dia banyak kali putus harapan atau kecewa.

    Tapi dia tak patah semangat or putus asa. tetap bangun dan bankit balik. contoh kalau orang kata dia tak bagus, tak pandai atau apa-apa, dia tak amik kisah. dia bangun kembali. sebab dia tahu kalau dia putus harapan, dia tak akan jadi orang yang berjaya. cuba kita tanya pada orang yang berjaya. yang dah ada duit banyak dan kaya. rahsia nya adalah jangan putus asa.itu je kata kunci nya.

   macam kita belajar juga. kalau sem 1 kita tak berjaya.kita usaha lagi sem yang akan datang. Insya allah jika kita usaha sungguh-sungguh akan ada hasilnya. Macam putus cinta ni pulak.hmm.. abaikan jelah mamat poyo tu. haha. takpe. allah akan hadirkan yang lebih baik lagi daripada dia. mungkin lagi kaya. hahaha. so lastly, 'JANGAN CEPAT PUTUS ASA' keep it up and dont give up. Assalamualaikum.

#staypositive
#senyumselalu

Thursday, 5 May 2016

CARUT

   Assalamualaikum. hah. sis datang balik.. haha.. hmm. harini nak cakap tentang carut. carut ni sebenarnya memang tak baik tapi kalau dah terlampau marah kadang-kadang memang akan terkeluar pun. sebab marah kita tidak boleh dikawal. hmm.. contohnya kita terkena tempias air sebab kereta lalu kan. pastu kita pun carut "bangang punya kereta". haha. itu biasalah. kadang-kadang kita marah pada lecturer, pada abang kakak and kawan kita, itu semua normal lah. hihihihi..

    Hahahaha. boleh nak marah tapi kena kawal. yes memang sangat susah tapi sedaya upaya untuk sabar. Kebaikan carut ni ialah dapat lepas geram dan kemarahan. hahahahahaha. tapi keburukanya lagi besar iaitu kita sebenarnya dapat dosa. sebab carut ni biasanya kata-kata yang tak elok. lainlah kalau kita carut engan kata-kata yang baik. hah. yang ni dapat pahala. hahaha....

       Satu pesanan. haha. biasalah.dah akhir-akhir nak bagi pesanan sikit. hihihihi. kalau kita dah tak boleh sangat sabar tarik nafas and lepas. kalau sapa yang dah tak tahan sangat pegi ambil wudhu and ada waktu solat. ni tips juga sebenarnya yang saya dapat dari pakar-pakar motivasi. hehe. oklah. rasanya sampai sini je. nanti kita sambung untuk sesi yang akan datang. Assalamualaikum. Terima kasih. 

   Dari saya,
   Prof Madya Dr Nur Rasyidah binti Suraji. 

*hihihitaksalahberanganhehehe.

#staypositive
#senyumselalu