Saturday, 28 May 2016

SESAL

  Assalamualaikum. Harini nak cakap tentang sesal. hmm.. nak cakap. aku sesal sangat sebab tak belajar betul-betul. haritu ada majlis anugerah dekan. tengok semua happyy je bila ambil anugerah. Tahniah siapa yang anugerah tersebut. sedih juga sebab tak dapat untuk sem ni tapi insya allah nak cuba sem yang datang ni. doakan ye.
 
    Sesal boleh tapi jangan terbawa-bawa perasaan sesal dan sedih itu. kita cuba untuk bangkit dan terus berusaha utuk capai apa yang kita tak dapat capai dahulu. sebenarnya banyak cerita sesal. aku sesal sebab tak dapat buat yang terbaik untuk setiap program, tak dapat aktif macam orang lain, dan macam-macam sesal sebenarnya. buatlah sesuatu perkara itu dengan baik kerana perkara itu tidak akan kita dapat putarkan balik masanya. kalau boleh setiap harikia buat lebih baik dari semalam.

    Jangan terlampau fikirkan masalah kita dan jangan menyesal terlampau lama. sebab contohnya belajar. nanti akan ada kesan terhadap keputusan kita. so apapun jangan menyesal terlampu sangat.boleh nak menyesal tapi buat seketika sahaja. yang lain kita kena teruskan usaha dan yakinlah pada yang maha esa. setiap ujian itu ada hikmahnya. lastly assalamualaikum. sekian.

#staypostive
#senyumselalu

No comments:

Post a Comment