Tuesday, 29 March 2016

Syanisyika

    Assalamualaikum.hah. harini aku nak citer tentang Syanisyika. Hah nak tahu apa Syanisyika ni x? haha.. Syanisyika ni gabungan antara nama-nama iaitu Shahidah, Nani, Syidah (saya ), dan Ika. Ni adalah group aku kat UKM ni. Memang kat mana-mana kalau ada aku, adalah diorang 3 orang ni. Hmm.. elokkan kan kita orang ni ntahah satu group and bilik pun dekat-dekat.. sorang kat bilik depan and lagi sorang kat bilik sebalah. lagi sorang adalah roomate aku.

    Aku ngan diorang kat sini memang dah banyak sangat gosip, banyak citer, banyak gathering sama-sama, and buat pun semua sama-sama. memang banyak kenangan ngan diorang ni.Waktu bersama memang kalau malam 100% kalau masing-masing takde pape kerja atau hal. diorang lah yang dengan aku dari first masuk UKM ni sampai sekarang.

     Diorang ni adalah peneman aku. Selalu pegi jalan atau keluar pun sama-sama. Diorang pun gila-gila macam aku.. bila bergabung keempat-empat ni memang ya allah. serious memang bising and kita orang rasa memang kita orang je yang ada kat situ. hahaha.. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.. So, pada Shanisyika thank you so much for everything yu had done to me.. I love you guys..

KIWI

      Assalamualaikum.. semua sihat ? Harini kita nak citer tentang buah-buahan. Buah yang saya pilih adalah buah Kiwi. Buah Kiwi ni antara buah yang mahal juga dan sangat sedap. kadang-kadang ia akan masam, dan kadang-kadang ia akan rasa sangat manis. boleh juga kita kaitkan dengan kehidupan kita. kadang-kadang kita akan rasa manis atau gembira, kadang- kadang kita akan rasa masam iaitu kesukaran.

       Buah Kiwi ni asalnya dari China. Ada banyak manfaat pada buah kiwi ni. Antaranya ialah dapat 1. dapat membantu pencernaan kita
2. membantu mengelolah tekanan darah
3. melindungi dari kerosakan DNA
4. membantu memerangi penyakit jantung
 dan banyak lagi.

      Buah kiwi ini juga banyak khasiatnya. antaranya banyak kandungan nutrisi yang diperlukan setiap hari sebagai diet sihat. Cukup sekadar menikmati dua buah biji kiwi bersaiz sederhana setiap hari, tubuh kita lengkap dengan khasiat yang kita perlukan. Buah kiwi ini memang kecil dan mahal tapi ia sangat berbaloi. Kiwi ada berwarna kuning dan hijau isinya. dan dua-dua rasa sama. Kiwi ini juga boleh merawat Demam Denggi selain daripada pucuk betik.

      Selain itu, yang menariknya, Kiwi ini dua kali ganda Vitamin C lagi banyak daripada Oren selain daripada Vitamin E daripada avokado.Hmm.. Lastly, makanlah kiwi banyak-banyak. Lagi-lagi orang yang makan sayur. :) sebab kiwi warna hijau.. hihi.. Assalamualaikum.

Thursday, 24 March 2016

Makanan

     Assalamualaikum.. hah.. harini tuan-tuan dan puan-puan saya ingin mengajar anda semua memasak.. haha.. ala-ala chef wan gitu.. bukan chef azWan ye.. hehe... hmm cakap pasal makanan.. aku nak cakap tentang makanan kegemaran aku.. iaitu..... Tom yam.. sepanjang aku kat UKM ni  pernah aku makan benda lain. kalau malam je mesti akan order Kuew Teow Tom Yam, Mihun Tom Yam, Nasi putih ngan Tom Yam. semua beraskan Tom Yam.. tapi kalau mood Tom Yam xde aku akan order lain macam nasi goreng kampung, and mee bandung..

     Hah.. Jom cakap tentang makanan kegemaran sir azwan.. iaitu Karipap.. hehe.. sir sangat suka dengan karipap. kalau bagi dia karipap memang sekali makan je. itu sir.. kalau mak aku dia suka makan Mee Udang kat sungai 2. memang favourite dia.. kalau ayah aku dia tak kisah tapi yang paling dia suka ialah Lempeng. pergh.. lagi-lagi kalau mak aku masakkan sekali ngan sambal sardin memang makan 10 keping sekali makan je. memang sangat sedap..

     Hmm.kalau akak aku dia suka makan semua.. haha.. sebab tu dia comel. Abang aku yang first suka makan nasi goreng telur gentel yang mak aku buat. memang bertambah lah nanti. and last one abang aku yang second dia suka makan macam ala-ala mat saleh ni.. hmm..maybe setakat ni. thanks.. assalamualaikum

    Lastly.
    #senyum selalu.
    #staypositive




LEMAU

   Assalamualaikum.. Hah.. Harini and minggu ni aku nak cakap tentang lemau.. lemau ni banyak maknanya.. yang pertama lemau biskut. atau yang kedua lemau maksudnya macam tak larat.. aku nak citer yang kedua.. hmm. seriously sem 2 ni memang aku lemau giler.. sebab apa? sebab memang banyak sangat program, banyak sangat aktiviti, makin banyak kerja and so on.. minggu ni je macam-macam kena buat. contohnya kena cari dana untuk program aku, kena study untuk quiz and lain..

     haha.. memang lemau sangat sebab buat semua benda semua aku buat lembap.. haha.. sebab maybe macam biskut tu kot kalau dah lemau sangat jadi lembik. sebenarnya semua yang aku join ni sangat bagus sebab aku dapat macam-macam pengalaman.. aku dapat belajar tentang macam mana nak komunikasi ngan orang, macam mana nak cari dana, macam mana nak marketig and macam-macam lagi. cuma aku ni je yang tak tahan kot. sebab aku bukan seorang yang ada ciri-ciri kepimpinan. :)

      hmm... pasal lemau ni kita boleh ubh. maksudnya kita kena aktif and kena tahan dari segi fizikal dan mental.. hmm.. aku rasa sampai sini je kot aku punya tentang lemau.. hehe.. nanti seterusnya aku akan update... assalamualaikum guys..



Monday, 21 March 2016

KEDAH AND PENANG

        Assalamualaikum. hah. ni nak cerita. minggu ni aku balik rumah nak melawat mak and ayah aku kat rumah. sampai je kat rumah dapat tahu yang aku kena pi Kedah bak hang.. haha. so pagi-pagi sabtu tu kita orang pergi. sampai ke alor setar kita orang pegi. perghh.. best memang best tapi bahagian utara sangat panas. dengan bahangnya.

        Pergi kenduri rumah kawan-kawan ayah aku. semuanya dah bersara dari polis. memang happening tengok gelagat diorang semua. kita orang sampai kat alor setar tu pun dah petang dalam pukul 4. singgah pun tak lama. dalam 30 minit terus balik. hah. waktu balik and pegi memang sangat happening. sebab berkumpul dengan family.

     Balik dari Alor Setar kita orang terus gerak pegi Penang. Sebab ayah and abang aku tak tahan nak drive. lagipun abang aku dah booking Hotel. sampai je kat Penang memang best. Kita orang tengok macam-macam tempat yang memang sangat menarik. hmm.. Hotel yang aku duduk memang tak pernah aku mimpi boleh stay.. iaitu Hotel Hard Rock. 5 star beb.. memang sangat best. pekerja-pekerja diorang pun peramah sangat. pagi swimming semua. and kul 12 kita orang check out.

      Memang sangat best. penat sangat penat tapi kebahagiaan dengan family tu yang sangat penting bagi aku. so last but not least jom pegi jalan... yeah.. hahaha..



PASRAH

               Asslamualaikum. hmm. kali ni aku nak cakap tentang pasrah. pasrah ni sama je ngan redho. kita nak buat apa-apa kena usaha. doa and tawakkal. akhir sekali baru terima and pasrah apa yang korang usahakan. hmm... minggu lepas aku kena demam denggi. so cuti dalam seminggu lebih. memang banyak sangat kerja. so aku kena catch up balik semua yang aku dah tertinggal.

       Hmm.. aku terharu sebab sir azwan sanggup ajar aku balik tentang mail merge. haha. yang aku pasrah aku kena buat lebih.. hehe.... tapi xpe.. aku pasrah.. haha. sir baik orangnya..  kita ni sebagai manusia x boleh give up and senang-senang nak pasrah sedangkan kita tak usaha pun. kita kena bangun and bangkit walau macam mana jatuhnya kita. bangkitlah kembali.

         Kita nak pasrah boleh tapi kena dengan apa yang kita dah lakukan. contohnya kalau kita dah buat yang terbaik and dah berusaha sungguh-sungguh boleh lah nak pasrah. tapi kalau kita x usaha lagi and dah pasrah itu memang tak bagus. kita di dunia ni memang sementara tapi kita mesti nak yang terbaik di dunia dan akhirat juga kan. hmm.. last but not least pasrah adalah benda yang boleh kita terima tapi kena ada usaha.. yeahh... assalamualaikum.




Saturday, 12 March 2016

PERCUTIAN DI TERENGGANU

Assalamualaikum. masa cuti Raya Cina haritu, aku and keluarga pergi ke Terengganu untuk bercuti.kita orang pergi untuk 3 hari. memang best giler sebab pergi dalam 4 family. gerak kat sana lepas solat subuh and perjalanan ke sana alhamdulillah ok. jalan pun tak jam.

     Sampai je kat sana kita orang terus pegi Resort untuk rehat sebentar. Resort nya memang cantik and besar. hmm.. kat Terengganu ni memang terkenal ngan seafood and 'Kepok lekor'. petang sikit, kita orang pegi makan sotong goreng tepung. perghh.. memang beratur orang. lepas 1 jam baru kita orang dapat makan.

     Esoknya kita orang pergi Pasar Payang. Tempat yang wajib pegi bila datang Terengganu ni. memang ramai sangat orang pagi tu. maklumlah cuti sekolah kan. memang sesak sangat dekat pasar tu. harga pun murah juga kalau nak dibandingkan dengan KL. Pantai kami tak pegi sebab ombak sangat tinggi. macam-macam lagi kita orang pegi, antaranya masjid kristal dan lain-lain.

      Esoknya kita orang gerak balik. banyak nak citer tapi kita sambung nanti. so kalau nak pergi bercuti datanglah kat Terengganu. Kerepok lekor memang sedap-sedap. so sekian.

   

LESU

Minggu ni aku paling lesu sebab apa? sebab aku kena denggi. seminggu lebih aku tak pergi kuliah and dalam seminggu lebih jugalah aku kena amik darah selalu. seriously, memang tak larat giler and bila makan pun memang tak ada selera. Badan ni rasa nak baring je sampai kan buat keje pun tak larat.
    
       Denggi ni bahaya kalau korang nak tahu. sebabnya even kau dah tak demam lagi tapi platelet kau still akan turun and sekali platelet kau turun dia akan sentiasa turun. tapi aku alhamdulillah sekarang dah ok sikit. tapi seminggu lebih jugalah badan aku rasa LESU and tak tahu nak buat apa. 

     Denggi doktor pesan suruh minum 3 litre sehari and macam2 air juga aku minum, perghh.. memang tak sedap. tapi nak sembuh kena minum juga, nak tak nak kena minum. Denggi tak ada ubat. ubatnya ialah minum air banyak so virus akan keluar melalui kencing kita. 100 plus kena minum supaya ada tenaga and supaya badan tak rasa Lesu je. 

    So, korang kat luar jaga diri. kalau nak makan sebelum pukul 6 sebabnya nyamuk denggi ni akan keluar pukul 6-8 tak kira pagi atau petang. bye..

Monday, 7 March 2016

Orang yang telah pergi

     Assalamualaikum. harini aku nak cerita tentang orang yang telah pergi. Dalam kehidupan aku banyak yang telah pergi, Antaranya arwah atuk dan nenek, arwah makcik-makcik aku, dan ramai lagi. ye memang betul setiap manusia pasti akan mati. kat sini aku nak cerita betapa rindunya aku dengan mereka semua. aku tak dapat rasa kasih sayang atuk dan nenek aku ni sejak aku tadika lagi. so wajah mereka pun kadang-kadang aku ingat kadang-kadang aku tak ingat.

      Mereka semua meninggal sebab sakit. Atuk aku meninggal sebab kanser tekak, makcik aku meninggal sebab kanser payudara and kena ragut. Nenek aku meninggal mungkin kerana sakit tapi ada orang kata mungkin sebab buatan orang. hmm.. Arwah nenek dan atuk aku merupakan owner di Restorang Antarabngsa kat Ayer Hitam, Batu pahat. Cakap tentang restoran ni semua orang kenal. Antara artis yang datang juga ramai. yang datang waktu tu semua artis-artis veteran je. hihi. antaranya Arwah Seniwati Dato Sharifah Aini.

Pengalaman dengan Arwah atuk and nenek aku memang tak banyak tapi aku sentiasa ingat wajah dan sentiasa mendoakan mereka di sana semoga tergolong dalam orang-orang yang beriman. bukan sahaja mereka malah makcik-makcik, saudara mara aku yang lain juga akan ku doakan buat mereka.

AL-FATIHAH....

buat nendaku yang tercinta.



Friday, 4 March 2016

AKU

AKU adalah seorang manusia dan manusia yang selalu membuat kesilapan. AKU adalah Nur Rasyidah binti Suraji. AKU dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah , Johor Bahru. Aku adalah anak bongsu daripada 4 adik- beradik. AKU memang seorang yang sangat manja dan jika aku rapat dengan seseorang itu aku memang akan kawan dengan dia , jaga dia and everything pasal dia aku akan jaga. AKU suka berkawan dengan semua orang tapi aku ni jenis tengok orang gak. huhu. kalau orang tu aku rasa aku tak boleh ngam, aku akan 
biasa - biasa je ngan dia. 

AKU ni sangat pentingkan mak aku sebab dia adalah 
segala - galanya bagi aku. Bagi aku kawan itu memang penting tapi jika aku perlu buat pilihan aku akan pilih mak AKU. Yes, memang ada orang kata aku ni anak emak, aku ni anak manja. AKU tak kisah pun orang nak kata apa yang penting aku dapat jaga hati mak AKU. Lagipun mak AKU bukan macam dulu yang waktu zaman muda dia dulu boleh buat banyak kerja. AKU rasa sampai sini je penulisan blog tentang AKU. Nanti aku sambung lagi. 

#senyumselalu