Tuesday, 29 March 2016

KIWI

      Assalamualaikum.. semua sihat ? Harini kita nak citer tentang buah-buahan. Buah yang saya pilih adalah buah Kiwi. Buah Kiwi ni antara buah yang mahal juga dan sangat sedap. kadang-kadang ia akan masam, dan kadang-kadang ia akan rasa sangat manis. boleh juga kita kaitkan dengan kehidupan kita. kadang-kadang kita akan rasa manis atau gembira, kadang- kadang kita akan rasa masam iaitu kesukaran.

       Buah Kiwi ni asalnya dari China. Ada banyak manfaat pada buah kiwi ni. Antaranya ialah dapat 1. dapat membantu pencernaan kita
2. membantu mengelolah tekanan darah
3. melindungi dari kerosakan DNA
4. membantu memerangi penyakit jantung
 dan banyak lagi.

      Buah kiwi ini juga banyak khasiatnya. antaranya banyak kandungan nutrisi yang diperlukan setiap hari sebagai diet sihat. Cukup sekadar menikmati dua buah biji kiwi bersaiz sederhana setiap hari, tubuh kita lengkap dengan khasiat yang kita perlukan. Buah kiwi ini memang kecil dan mahal tapi ia sangat berbaloi. Kiwi ada berwarna kuning dan hijau isinya. dan dua-dua rasa sama. Kiwi ini juga boleh merawat Demam Denggi selain daripada pucuk betik.

      Selain itu, yang menariknya, Kiwi ini dua kali ganda Vitamin C lagi banyak daripada Oren selain daripada Vitamin E daripada avokado.Hmm.. Lastly, makanlah kiwi banyak-banyak. Lagi-lagi orang yang makan sayur. :) sebab kiwi warna hijau.. hihi.. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment