Assalamualaikum. harini aku nak cerita tentang orang yang telah pergi. Dalam kehidupan aku banyak yang telah pergi, Antaranya arwah atuk dan nenek, arwah makcik-makcik aku, dan ramai lagi. ye memang betul setiap manusia pasti akan mati. kat sini aku nak cerita betapa rindunya aku dengan mereka semua. aku tak dapat rasa kasih sayang atuk dan nenek aku ni sejak aku tadika lagi. so wajah mereka pun kadang-kadang aku ingat kadang-kadang aku tak ingat.
Mereka semua meninggal sebab sakit. Atuk aku meninggal sebab kanser tekak, makcik aku meninggal sebab kanser payudara and kena ragut. Nenek aku meninggal mungkin kerana sakit tapi ada orang kata mungkin sebab buatan orang. hmm.. Arwah nenek dan atuk aku merupakan owner di Restorang Antarabngsa kat Ayer Hitam, Batu pahat. Cakap tentang restoran ni semua orang kenal. Antara artis yang datang juga ramai. yang datang waktu tu semua artis-artis veteran je. hihi. antaranya Arwah Seniwati Dato Sharifah Aini.
Pengalaman dengan Arwah atuk and nenek aku memang tak banyak tapi aku sentiasa ingat wajah dan sentiasa mendoakan mereka di sana semoga tergolong dalam orang-orang yang beriman. bukan sahaja mereka malah makcik-makcik, saudara mara aku yang lain juga akan ku doakan buat mereka.
AL-FATIHAH....
buat nendaku yang tercinta.
No comments:
Post a Comment