Thursday, 9 June 2016

RAYA

  Assalamualaikum.hmm harini sis nak cakap tentang raya.  hihi.. baru berapa hari puasa dah nak cakap tentang raya ye. sebenarnya nak cakap tentang sambutan raya ni. sambutan bila raya ni dia punya semangat sangat lain macam. rasanya apa-apa raya pun rasa seronok kan. hmm.biasanya bagi budak-budak yang kecil ni paling seronok sebabnya dapat duit raya,angpau dan macam-macam hadiah lain. haha.. kalau kenang zaman-zaman dulu seronok sangat. kalau diputarkan balik masa memnag best sangat.

    Raya ni memang wajib kita sambut dengan kegembiraan. sebenarnya yang pergi ke kubur dan ziarah tu, tak baik sebabnya pagi-pagi raya kita sepatutnya bergembira bukan bersedih.itu dah kira salah.boleh nak pergi kubur masa puasa or hari biasa. sebabnya bukannya kita pergi ke kubur pada raya pertama sahaja.:) so waktu raya ni lah masa kita nak ziarah keluarga-keluarga kita. pergi rumah ke rumah.melawat dan sebagainya.ziarah ini juga boleh mengeratkan silaturrahim.

  So, the lastly sambutlah raya engan kegembiraan bukan dengan kesedihan ye.  sebelum itu SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. raya-raya juga, exam jangan lupa.haha.. ok. Assalamualaikum semua. this is the last blog.maybe next time kalau sis rajin sis update ye. hehe...

#stayposotive
#senyumselalu
#doakanpresentationsis

Wednesday, 8 June 2016

NOKTAH

  Assalamualaikum. hmm mungkin ini second last blog yang aku akan tulis. hmm sem 2 dah nak habis and sampai ke penghujungnya. tanda noktah sudah diberi minggu lepas oleh pensyarah-pensyarah semua. sedih rasanya sebab dah habis sem 2 dan aku rasa noktah di sem 2 ni sangat-sangat mencabar. haha. sebab apa. sebab habis je kelas akan ada exam minggu hadapan dan pada bulan puasa noktah di setiap kelas sangat best dan ok.

    Cuma normallah kalau ada budak yag ramai tak datang. hihi.. keas akhir kan. aku pun sebenarnya malas tapi fikir kelas akhir terus semangat. rasa bangga sebab dapat sampai hingga ke sem 2. masih dapat bertahan. dan yang paling aku bangga sebab aku dapat tahan dekat kelas Sir Azwan. haha.. memang mencabar kelas sir, tapi sir memang terbaik sebab apa yang aku tak faham tentang komputer aku dapat faham bila sir ajar. sir memang ajar aku sampai faham. thanks sir.

   Lastly, thank you sir dan pensyarah yang lain-lain sebab beri tunjuk ajar pada diri ini yang tak seberapa pandai.tapi cuba untuk berusaha dan untuk menjadi yang terbaik. aka merindui semua pensyarah dan gelagat sir azwan. saya NUR RASYIDAH BINTI SURAJI minta ampun minta maaf atas kesilapan saya selama ini ye. kita 0-0. :)

  Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Selamat menghadapi peperiksaan dan selamat hari raya.moga puasa kali ni kita dapat buat yang lebih baik daripada tahun lepas.

#senyumselalu
#staypositive

Saturday, 28 May 2016

Annual General Meeting (AGM) 2016

  Assalamualaikum. hmm.. harini kita nak cakap tentang Annual General Meeting. hehe. memang banyak memori yang tercipta. cewah.  dapat rasa bekerja dalam satu organisasi. memang banyak cabaran sebab kita kena satukan kepala kita dari dua kepala. hmm macam biasalah. banyak sangat masalah dan banyak sangat karenahnya. best sebenarnnya KE ni. KE ni ialah Kelab Ekonomi.

    Alhamdulillah aku dicalonkan menjadi Presiden tapi aku tak yakin nak galas tanggungjawab tu so aku memang jawab merapu. tapi alhamdulillah aku dilantik sebagai SU. haha. get ready lah nanti untuk menulis surat. hhahahaha. memang AGM ni banyak mengajar aku. baru aku tahu kalau nak buat itu macam mana. bangunan belah ni bahagian apa. dah sethun baru tahu. haha.

  Tapi memang best. senior pun support aku dan yang lain. banyak sangat kenangan.dah last-last baru rapat. tapi takpe. at least kita rapat daripada tak rapat langsung kan. haha. anyway tahniah sesiapa yang telah dilantik dan takziah bagi yang mantan. haha. anyway Kelab Ekonomi adalah yang terbaik. doakan saya dapat melaksanakan tugasan dengan terbaik.





SESAL

  Assalamualaikum. Harini nak cakap tentang sesal. hmm.. nak cakap. aku sesal sangat sebab tak belajar betul-betul. haritu ada majlis anugerah dekan. tengok semua happyy je bila ambil anugerah. Tahniah siapa yang anugerah tersebut. sedih juga sebab tak dapat untuk sem ni tapi insya allah nak cuba sem yang datang ni. doakan ye.
 
    Sesal boleh tapi jangan terbawa-bawa perasaan sesal dan sedih itu. kita cuba untuk bangkit dan terus berusaha utuk capai apa yang kita tak dapat capai dahulu. sebenarnya banyak cerita sesal. aku sesal sebab tak dapat buat yang terbaik untuk setiap program, tak dapat aktif macam orang lain, dan macam-macam sesal sebenarnya. buatlah sesuatu perkara itu dengan baik kerana perkara itu tidak akan kita dapat putarkan balik masanya. kalau boleh setiap harikia buat lebih baik dari semalam.

    Jangan terlampau fikirkan masalah kita dan jangan menyesal terlampau lama. sebab contohnya belajar. nanti akan ada kesan terhadap keputusan kita. so apapun jangan menyesal terlampu sangat.boleh nak menyesal tapi buat seketika sahaja. yang lain kita kena teruskan usaha dan yakinlah pada yang maha esa. setiap ujian itu ada hikmahnya. lastly assalamualaikum. sekian.

#staypostive
#senyumselalu

Sunday, 22 May 2016

TEKANAN

   Assalamualaikum.hmm harini nak cakap tentang tekanan. minggu lps sampai harini aku mengalami tekanan yang memang sampai tahap  maksimum. dan makin nak exam makin banyak tekann yng aku hadapi. yes. aku memnag tak boleh nak kawal tapi aku cba untuk kawal dengan sebaiknya. aku nak minta maaf pada kawan-kawan sebab mungkin lepas aku terlampau tertekan sampai aku memang tak ada mood untuk gurau macam biasa lagi.

    Bukan apa, aku tertekan sebab semua aku yang kena buat dan hampir semua tugasan perlu dibuat secara kumpulan. bila kumpulan kita kena terima macam-macam karenah dan ragam orang yang ada dalam ahli kita. aku tak cakap aku bagus. aku tak cakapyang aku pandai tapi aku cuba untuk buat yang terbaik. aku tak nak orang benci pada diri aku. aku tak nak orang tak suka aku.tapi aku tak boleh kalau orang tu ada buat perangai ngan aku. aku memang tak boleh.

    Ada beberapa je yang aku boleh panggil diorang sahabat. tak semua boleh terima perangai aku. aku ni cepat gopoh, terasa dan macam-macam. aku ni cuba untuk fikir postif tapi kadang-kadang benda tu takkan menjadi. hmm.. lastly, takziah untuk diri ini dan aku akan cuba memperbaiki kesilapan aku. aku minta maaf pada semua.

   #staypositive
   #senyumselalu

Saturday, 21 May 2016

PELUANG

  Assalamualikum. harini tema minggu ini adalah peluang. hmm.. nak cakap tentang peluang ni macam-macam peluang ada. peluang untuk kali kedua, peluang untuk hidup, peluang untuk pergi ke arah yang lebih baik, dan bermacam bentuk peluang ada. hmm kali ni. saya nak cerita tentang peluang kali kedua.

     Waktu zaman sekolah dulu, saya ni telag dicabar or kita orang ni main game TRUE or DARE. waktu ni darjah 6. hmm. dekat belakang saya ni ada 2 orang lelaki.  yang sorang ni suruh saya minta couple dengan kawan sebelah dia ni. sebab kawan dia ni pendiam and kawan dia ni anak cikgu penolong kanan ok. hmm.. saya pun apa lagi. saya amik cabaran tu. lepastu kita orang pun couple. saya bagi surat dekat dia yang saya minta cople and jangan bagitahu sapa-sapa. dia pun balaslah surat saya dan dia terima.haha. tapi dia ni dah terbagi tahu kawan dia dan satu kelas tahu.

   Lepas habis darjah 6, kita orang masing-masing dah tak behubung dan waktu tingkatan 1, dia minta saya couple balik. melalui kawan saya. saya pun terimalahdan waktu tu kelas tak sama.ok lepas tingkatan 3, dia buat hal. sekarang makin lama semua dah makin matang. say pun mesej dia,dia tak balas dan telefon pun tak angkat. lepastu, naik je tingkatan 4, saya dapat tahu dia couple dengan perempuan lain. waktu tu memang marah semua dan saya satu kelas dengan dia. saya tak bertegur dengan dia. sampaikan nak pegi jamuan untuk kelas pun saya taknak sampaikan kawan saya pujuk. dan saya pun pegi. lepastu dia clash ngan perempuan tu, dia contact saya balik. and saya pun terima bila dia minta couple balik.

   Waktu inilah saya bagi dia peluang kedua. dan lepastu waktu nak naik tingkatan 5 tu juga , dia buat ha lagi. dan saya dah beri dia peluang ketiga. dan lepastu saya dah malas dan tengok dia ni macam playboy pun ada. dan start daripada tu saya memang tak couple and malas nak fikir tentang lelaki.

  Jadi, saya nak cakap bila kita dah diberi peluang, ambillah peluang itu dengan sebaiknya. tidaklah peluang itu dari aspek apa. sekian. terima kasih. assalamualaikum

#staypositive
#senyumselalu

Wednesday, 11 May 2016

POSITIF

Assalamualaikum. Hmm. harini nak cakap tentang positif. sebenarnya kalau lihat post saya dari awal-awal akan ada #staypositive kan. sebab apa selalu buat. sebab saya nak buat diri ni sentiasa buat. bila kita sealu buat dan kata-kata itu akan menjadi satu doa. saya kalau boleh nak sentiasa positif even perkara tu kita akan fikir yang bukan-bukan.

   kalau kita rasa bengang or marah ngan seseorang tu disebabkan sesuatu tu, pikir mesti dia ada sebab yang mungkin dia ada masalah so dia tak dapat buat yang baik. contoh macam assigment ke kan. kalau dia suka ambil makanan kita ke. maybe dia orang susah. try untuk sentiasa positif. bila kita sentiasa positif hasilnya akan positif juga.

   Kita fikir bila kita tak positif, kita akan rasa macam-macam benda tak elok. kalau dengan kawan pulak,mungkin hubungan kita ngan kawan kita akan jarak or maybe dah tak rapat macam dulu. so selagi boleh positif and sabar, teruskan atau kalau dah tak boleh, cuba untuk cakap dengan orang itu dengan baik. so, sentiasalah berfikiran positif dan jangan fikir yang bukan-bukan k.

 #staypostive
#senyumselalu


PUTUS

    Assalamualaikum. Yeay Prof Madya Dr. Nur Rasyidah binti Suraji. So, tajuk kita minggu ni ialah PUTUS. Hmm. putus ni banyak. putus cinta, putus tali, putus tangan. hhhh. ok. kali ni saya nak cakap tentang putus harapan. hmm. saya panggil korang sahabat ye. Sahabat kita kalau cepat mengalah atau putus asa atau harapan, kita tak akan berjaya. Orang yang berjaya adalah orang yang belajar dari kesilapan dan dia banyak kali putus harapan atau kecewa.

    Tapi dia tak patah semangat or putus asa. tetap bangun dan bankit balik. contoh kalau orang kata dia tak bagus, tak pandai atau apa-apa, dia tak amik kisah. dia bangun kembali. sebab dia tahu kalau dia putus harapan, dia tak akan jadi orang yang berjaya. cuba kita tanya pada orang yang berjaya. yang dah ada duit banyak dan kaya. rahsia nya adalah jangan putus asa.itu je kata kunci nya.

   macam kita belajar juga. kalau sem 1 kita tak berjaya.kita usaha lagi sem yang akan datang. Insya allah jika kita usaha sungguh-sungguh akan ada hasilnya. Macam putus cinta ni pulak.hmm.. abaikan jelah mamat poyo tu. haha. takpe. allah akan hadirkan yang lebih baik lagi daripada dia. mungkin lagi kaya. hahaha. so lastly, 'JANGAN CEPAT PUTUS ASA' keep it up and dont give up. Assalamualaikum.

#staypositive
#senyumselalu

Thursday, 5 May 2016

CARUT

   Assalamualaikum. hah. sis datang balik.. haha.. hmm. harini nak cakap tentang carut. carut ni sebenarnya memang tak baik tapi kalau dah terlampau marah kadang-kadang memang akan terkeluar pun. sebab marah kita tidak boleh dikawal. hmm.. contohnya kita terkena tempias air sebab kereta lalu kan. pastu kita pun carut "bangang punya kereta". haha. itu biasalah. kadang-kadang kita marah pada lecturer, pada abang kakak and kawan kita, itu semua normal lah. hihihihi..

    Hahahaha. boleh nak marah tapi kena kawal. yes memang sangat susah tapi sedaya upaya untuk sabar. Kebaikan carut ni ialah dapat lepas geram dan kemarahan. hahahahahaha. tapi keburukanya lagi besar iaitu kita sebenarnya dapat dosa. sebab carut ni biasanya kata-kata yang tak elok. lainlah kalau kita carut engan kata-kata yang baik. hah. yang ni dapat pahala. hahaha....

       Satu pesanan. haha. biasalah.dah akhir-akhir nak bagi pesanan sikit. hihihihi. kalau kita dah tak boleh sangat sabar tarik nafas and lepas. kalau sapa yang dah tak tahan sangat pegi ambil wudhu and ada waktu solat. ni tips juga sebenarnya yang saya dapat dari pakar-pakar motivasi. hehe. oklah. rasanya sampai sini je. nanti kita sambung untuk sesi yang akan datang. Assalamualaikum. Terima kasih. 

   Dari saya,
   Prof Madya Dr Nur Rasyidah binti Suraji. 

*hihihitaksalahberanganhehehe.

#staypositive
#senyumselalu

Wednesday, 27 April 2016

PANDA

   Assalamualaikum. hah harini kita nak cakap tentang Panda. hehe.comel sangat. Kita memang suka ngan panda sebab apa. sebab dia manja macam kita. Panda ni haiwan dah makin pupus kat dunia ni. dah tak banyak panda and panda ni harga dia memang sangat mahal. kos untuk jaga pun mahal. hah. sapa tak kenal panda ni. panda ni berwarna hitam putih.memang sangat comel dengan keletah diorg ni. haha.
ha.nilah contoh panda nya, panda ni memang sangat manja ngan manusia dan panda ni pun baik sangat. tak makan orang. panda ni banyak sangat sifat baik yang dia ada.  panda ni walaupun hitam dan putih, tapi bila ada di zoo memang menarik minat budak-budak serta orang besar. panda makanan nya adalah bambu. tapi bagi panda yang baru lahir dan nak membesar, akan diberi susu. sebab itu tiket untuk melihat panda berasingan. ini disebabkan panda sekarang sudah pupus. Program untuk selamatkan panda juga diadakan.kempen ini dipanggil WWF.

    So, marilah kita support WWF untuk membiakkan lagi lebih banyak panda didunia ini. yeah.. Sekian.Assalamualaikum.

                                                            COMEL!!! :)
#staypositive
#senyumselalu

Tuesday, 26 April 2016

DHUHA

   Assalamualaikum. harini nak kangsi tentang Dhuha.Solat sunat dhuha ni banyak kelebihan nya. kalau semua nak tahu kita kena buat dhuha ni sebab nya allah dah beri pelbagai nikmat pada kita. So, kita harus bersyukur. kita cuba buat sikit-demi sikit. jika kita fikirkan balik,susah untuk kita bayar dengan wang ringgit dan apa-apa, sebab nikmat yang allah beri sangat banyak. tak terbalas, sebab itu allah beri kita kesempatan untuk dekat dengan dia dan ucapkan terima kasih dengan dhuha ini.

    Dhuha ni banyak faedah dan kelebihannya. kita dekat dengan Allah dan badan kita pun akan jadi lebih sihat. apa kata lepas ni spend kan masa sekejap sahaja untuk buat dhuha.cikgu-cikgu, majikan boleh aplikasikan dalam waktu pembelajaran atau kerja. beri masa selama 15 minit untuk pelajar dan pekerja buat dhuha. Insya allah rezeki kita makin berkat. Jangan marah bila rezeki kia ditarik Allah kerana kita sendiri tak reti bersyukur dengan nikmat yang allah berikan. Sebab itu kita kena sentiasa muhasabah diri.

    Saya bukan orang yang betul-betul kuat iman, saya hanya manusia yang penuh dengan dosa. Saya hamba allah yang penuh dengan dosa dan selalu membuat kesilapan. tapi kali ni saya nak ajak semua. 'KITA SAMA-SAMA MASUK SYURGA ALLAH YE'.  kita boleh berubah ke arah yang lebih baik lagi. Insya allah. Allhumma amin.

#staypositive
#senyumselalu

IMANIAN'S

  Assalamualaikum. hai semua. Hmm... Harini nak cakap tentang IMANIAN'S. IMANIAN'S ini ialah anak buah @ adik saya haha, iaitu Nurul Iman Summayyah, Muhammad Iman Rayyan, Muhammad Iman Khaleef dan Muhammad Iman Mikhail. Diorang bereempat ni dah macam keluarga aku. Susah dan senang bersama, sambut birthday sama-sama. semua bersama. jaga diorang smua memang dari kecik sampai lah sekarang .

     Masing-masing ada perangai sediri. haha. Biasalah budak-budak.Tapi yang aku banggakan budak-budak ni dah berapa kali dapat anugerah cemerlang and dapat TOP 3 dalam kelas. Yang dalam tahun pun ada. Im so proud IMANIAN'S. Baru-baru ni dapat Iman Mikhail. Aku sem ni memang busy and haritu masa cuti balik sekejap je sebab ada program AYES 2016. Khaleef kena chicken pops. kesian dia. So mika and summayyah and rayyan tidur kat rumah aku. Memang senang jaga dia. tapi bila nak susu dia akan nangis.

      Balik je UKM aku terus rindu. Tengok je gambar dia. Bau Mika sangat sedap. orang kata bau baby ni macam bau syurga sebab diorang ni tak ada dosa. Rindu tu hilang sampailah aku keluar ngan family aku hari ahad haritu. Best sangat. dapat jumpa IMANIAN'S semua and family.

   Buat IMANIAN'S, pesan kak syidah belajarlah betul-betul, sebab ilmu ini tak akan hilang.
fikirkan mama yang susah cari duit untuk besarkan korang. Jangan nakal-nakal and satu hari dah berjaya nanti jangan lupakan kak syidah ye. :) Assalamulaikum. Love you IMANIAN'S..

#staypositive
#seyumselalu




JATUH

    Assalamualaikum. hmm. kali ni nak cakap tentang jatuh. Jatuh saat turun tangga, Jatuh sebab kita kalah, jatuh sebab kita gagal, jatuh sebab kita terlampau lemah. Jatuh ni memang sangat pahit tapi sekali kita bangkit disebabkan dulu kita JATUH kita boleh rasa seronok dan bangga. sebab apa ?sebab kita dah berjaya laluinya. kawan, kita ni hidup kalau x jatuh, pelik rasanya.sebabnya kalau  kita tak pernah jatuh, yang jatuh tangga, jatuh sebab dapat result exam.. haha..

      Kawan saya nak pesan sikit, kalau kita jatuh jangan terus jatuh ye. kita kena bangkit dan bangkit. Please kawan-kawan. Kalau jatuh sebab ada masalah, cuba untuk bngun dan selesaikan. Tiada masalah yang tak boleh kita selesaikan. Try to solve it. Cuba kita amik masa  sekejap dan fikirkan apa patut kita buat, apa patut kita lakukan. Jika tiada orang di sisimu carilah ibumu. Kerana ibumu adalah sebaik-sebaik pendengar Selain itu, jangan lupa pada Yang Maha Esa. Sebab apa-apa yang berlaku atas kehendaknya.

     Saya bukan baik sangat, saya bukan penasihat atau apa-apa. Saya juga insan biasa.manusia biasa yang melakukan kesilapan juga.Saya bukan manusia yang sempurna dan saya juga banyak buat kesilapan dan penuh dengan dosa. Tapi kita cuba ke arah yang lebih baik, jangan terus duduk di tempat yang sama. kadang-kadang kita kena beralih di tempat yang lain untuk mencari pengalaman yang baru.

  Saya rasa sampai di sini cerita tentang ujian, nant kita akan cerita yang lain. Assalamualaikum. Sekian.

#staypositive
#senyumselalu

UJIAN

   Assalamualaikum semua. Maaf sebab dah lama tak update. Sem 2 ni memang sangat busy dengan assigments dan Ujian@Exam. hmm tema minggu ni ialah Ujian. hmm nak cakap ujian ni 2 benda.yang first Ujian Midterm. Kedua ujian yang diduga.

     First, ujian Midterm. memang penat sangat sampai tak tido. Nak target untuk midsem sem 2 ni. tapi haha.. Harap-harap dapat result yang baik. and sebelum midterm ada ujian Lab Test. Perghh. memang rasa susah sangat and takut.sebab apa. Sebab Laptop buat hal. Time buat Excel tak boleh kira. Dugaan sangat. haha. Nasib baik Sir Azwan yang baik hati datang membantu. Thanks Sir.. Tapi alhamdulillah semunya ok.

    Hmm. yang keduanya ujian yang kita hadapi dan ia lebih dikenali dengan dugaan.Nak cakap tentang dugaan.Hmm.. banyak sebenarnya. Tapi kesimpulannya, kita jangan berharap sangat pada orang ye. Apa yang kita mampu buat kita buat, apa yang kita ada, gunakanlah apa yang kita ada, dan jangan kita selalu ikut cakap orang sebab nanti kita yang suusah. Semua benda-benda ni aku dah lalui dan itu adatlah dalam kehidupan kita.

     UJIAN ini membuatkan diri ini lebih matang. Lebih rasa berdikari.Dan ujian ini juga buat aku lebih matang dan orang pernah kata pengalaman inilah yang mengajar kita lebih matang. So,last but not least, hadapilah ujian ini dengan sebaiknya. jika Exam study lah sehabis baik dan bila kita malas fikirkan mak dan ayah kita. Sekian. Assalamualaikum


     

Tuesday, 5 April 2016

MAMA

     Assalamualaikum. semua sihat? Hmm.. harini aku nak citer tentang mama.. mama ni adalah panggilan bagi mak aku.. mak aku Nyarus binti Ahmad. and beruur 53 tahun. mak aku seorang yang sangat penyayang dan akan ambil berat tentang anak-anak dia. dia sanggup tak makan sebab anak dia tak makan. dia sanggup susah sebab nak anak dia senang. dia sanggup buat apa saja untuk aku. kadang-kadang aku terpikir adakah aku boleh jaga mak aku ni macam mana dia jaga aku dari kecik sampai sekarang.

     Kadang-kadang aku nangis tengok mak aku cari duit. Mak aku seorang suri rumah sepenuh masa dan dia mencari rezeki dengan kelebihan yang dia ada. Dia akan buat kuih bila orang tempah and setiap tahun dia akan buat biskut raya time puasa. Dia banyak mengajar aku tentang kehidupan. tentang susah senang untuk mencari rezeki, untuk menempuh kehidupan ni. mengajar aku tentang agama, dan banyak lagi.

    Aku menganggap mak aku ni sebagai pendorong semangat bagi diri aku. sebagai penasihat aku ketika aku rasa jatuh. senjata aku tiap kali aku sedang menduduki peperiksaan kerana aku akan minta dia mendoakan aku supaya aku tenang untuk menjawab, mak aku juga sebagai chef terbaik aku dan banyak lagi. kalau aku nak citer semuanya memang tak akan habis.

    Mak aku juga sebagai teman aku, sahabat aku dan penyeri hidup aku. Aku tak kisah orang nak kata aku anak mak, anak manja. takpe aku tak kisah.Janji aku dapat berbakti pada makdan ayah aku. aku sanggup korbankan apa je untuk mak aku asalkan dia bahagia. aku tak tahu kalau satu hari nanti allah ambil dia dari dunia ni. mak aku pernah tanya aku dan aku cakap mungkin aku akan gila. aku tak tau macam nak tempuhnya nanti. Aku akan selalu doakan mak aku.

#senyumselalu
#staypositive

    Last but not least, 17/4 adalah birthday mak aku. Aku nak ucap advance wish. Adik nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY pada mamaku yang tercinta. Adik doakan mama sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. dipermudahkan urusan dunia dan akhirat dan adik akan usaha belajar sungguh-sungguh supaya mama tak payah susah-susah lagi. :'(


MOTIVATE

   Assalamualaikum semua. harini aku nak cakap tentang motivate. kita hidup ni kena selalu motivate diri kita. kena selalu. aku boleh cakap kalau kau tak motivate diri kau sendiri kau akan jatuh. jatuh yang amat. Maybe dari tingkat 20 sampai bawah sekali. bayangkan kalau orang jatuh macam tu. mati kan. macam tu jugalah kita. korang kena ingat tau, orang selalu datang dan pergi. maksudnya, mungkin harini allah hadirkan abu ni kat kita dan mungkin juga satu hari abu tinggalkan kita dan ali pula yang muncul dalam hidup kita. boleh jadi macam itu sahabat.

    Aku panggil korang sahabat lah eh.Sahabat kalau korang nak tahu, kita kena biasakan hidup sendiri. Sebab apa aku cakap macam tu, sebabnya aku dah banyak lalui. bukan aku nak kata aku banyak pengalaman tak. tapi just nak share je. aku rasa hidup sorang yes, memang ada kontra nya. Ada yang bagus and tak. bagusnya kau boleh buat suka hati kau and yang tak bagusnya bila kau kat Universiti nanti banyak kerja or assigments berkumpulan. so effects pada diri sahabat semua.

      Pesanan dari diri yang lemah ini, sentiasalah pandang diri kita ini hanya insan yang lemah.kita tidak sempurna mana pun. jangan selalu judge orang and sentiasa pandang positif ye.kita hidup ni hanya sementara. so lakukan yang paling terbaik di dunia ni, dan jangan lupa akhirat juga. Lastly, assalamualaikum sahabat.



#senyumselalu
#staypositive

CUTI

  Assalamualaikum semua. Yeay. lagi bapa hari nak cuti midsem. tapi aku tak balik. sebab ada program kolej dekat UKM. Program Asean Young Entrepeneurs Summit 2016 (AYES 2016). So, cuti aku korbankan program ni yang banyak bagi aku pengalaman. Program ni tentang keusahawanan and skill kita dalam perniagaan.

   Jom join AYES 2016. Sesiapa yang rasa nak join boleh je. Program ni memang sangat bermanfaat.Serious tak tipu.hmm.. ok done cakap tentang AYES 2016.Now nak cakap tentang cuti. Sapa yang cuti jangan suka sangat ye.hahaha. sebab kita lepas cuti Midterm. HAHAHA.. sapa yang cuti nanti spend lah masa dengan family. bukan korang selalu balik kan. so gunakan masa ni dengan baik. tak susah pun untuk korang spend masa ngan family, kalau taknak keluar pun still boleh spend. means korang makan sama-sama, tengok TV sama-sama or borak-borak ngan family korang.

     kalau korang nak tahu, kalau korang tak balik time cuti ni, mak ngan ayah korang lah orang pertama akan sedih. and korang pun tahu tak baik buat mak ayah sedih. kalau korang cakap je nak balik, mesti mak ngan ayah korang akan siapkan macam-macam.haha. thats the normal.  So, balik cuti ni pegi tengok mak ayah eh.

     So, hati-hati sapa yang balik and jangan lupa study ye.. haha.. Assalamualaikum


#senyumselalu
#staypositive

AIR

Assalamualaikum. hah harini aku nak cakap tentang air.. AIR !!!!!!!!!!

    Cakap tentang air ni memang sangat penting sebab air ni untuk minum, mandi, berak, kencing semuanya pakai air. and nak solat juga memerlukan air untuk ambil wudhuk. sekarang ni tengah krisis air kat Universiti aku. memang susah sebab nak basuh baju semua. tapi pikir balik kena juga terima. sebab sekarang musim panas. and tempat takungan air pun tengah kering. sebabtu kena catuan.

        haha.. ok xyah cakap tentang air mandi. kita cakap tentang Air Mangga. Air juga kan. hahaha...



pergh.. memang sedap beb.. mangga ni favourite semua family aku.. mangga ni tak boleh diminum selalu sebabnya manis. hmm.. cakap tentang air ni, memang sekarang majoriti yang kita dengar tak ada air. hah. kita cakap tentang tak dak air ni pulak, haha. memanglah susah tak ada air tapi kita kena terima juga. tapi nak ikutkan kita ni time ada air seua tak kisah tentang pembaziran and guna selalu tapi time tak ada air semua bising suruh jimat. apa kata lepas ni kita jimat dalam penggunaan air. hehe.  ok. its time over. thank guys.. assalamualaikum.


#senyumselalu
#staypositive
















Tuesday, 29 March 2016

Syanisyika

    Assalamualaikum.hah. harini aku nak citer tentang Syanisyika. Hah nak tahu apa Syanisyika ni x? haha.. Syanisyika ni gabungan antara nama-nama iaitu Shahidah, Nani, Syidah (saya ), dan Ika. Ni adalah group aku kat UKM ni. Memang kat mana-mana kalau ada aku, adalah diorang 3 orang ni. Hmm.. elokkan kan kita orang ni ntahah satu group and bilik pun dekat-dekat.. sorang kat bilik depan and lagi sorang kat bilik sebalah. lagi sorang adalah roomate aku.

    Aku ngan diorang kat sini memang dah banyak sangat gosip, banyak citer, banyak gathering sama-sama, and buat pun semua sama-sama. memang banyak kenangan ngan diorang ni.Waktu bersama memang kalau malam 100% kalau masing-masing takde pape kerja atau hal. diorang lah yang dengan aku dari first masuk UKM ni sampai sekarang.

     Diorang ni adalah peneman aku. Selalu pegi jalan atau keluar pun sama-sama. Diorang pun gila-gila macam aku.. bila bergabung keempat-empat ni memang ya allah. serious memang bising and kita orang rasa memang kita orang je yang ada kat situ. hahaha.. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.. So, pada Shanisyika thank you so much for everything yu had done to me.. I love you guys..

KIWI

      Assalamualaikum.. semua sihat ? Harini kita nak citer tentang buah-buahan. Buah yang saya pilih adalah buah Kiwi. Buah Kiwi ni antara buah yang mahal juga dan sangat sedap. kadang-kadang ia akan masam, dan kadang-kadang ia akan rasa sangat manis. boleh juga kita kaitkan dengan kehidupan kita. kadang-kadang kita akan rasa manis atau gembira, kadang- kadang kita akan rasa masam iaitu kesukaran.

       Buah Kiwi ni asalnya dari China. Ada banyak manfaat pada buah kiwi ni. Antaranya ialah dapat 1. dapat membantu pencernaan kita
2. membantu mengelolah tekanan darah
3. melindungi dari kerosakan DNA
4. membantu memerangi penyakit jantung
 dan banyak lagi.

      Buah kiwi ini juga banyak khasiatnya. antaranya banyak kandungan nutrisi yang diperlukan setiap hari sebagai diet sihat. Cukup sekadar menikmati dua buah biji kiwi bersaiz sederhana setiap hari, tubuh kita lengkap dengan khasiat yang kita perlukan. Buah kiwi ini memang kecil dan mahal tapi ia sangat berbaloi. Kiwi ada berwarna kuning dan hijau isinya. dan dua-dua rasa sama. Kiwi ini juga boleh merawat Demam Denggi selain daripada pucuk betik.

      Selain itu, yang menariknya, Kiwi ini dua kali ganda Vitamin C lagi banyak daripada Oren selain daripada Vitamin E daripada avokado.Hmm.. Lastly, makanlah kiwi banyak-banyak. Lagi-lagi orang yang makan sayur. :) sebab kiwi warna hijau.. hihi.. Assalamualaikum.

Thursday, 24 March 2016

Makanan

     Assalamualaikum.. hah.. harini tuan-tuan dan puan-puan saya ingin mengajar anda semua memasak.. haha.. ala-ala chef wan gitu.. bukan chef azWan ye.. hehe... hmm cakap pasal makanan.. aku nak cakap tentang makanan kegemaran aku.. iaitu..... Tom yam.. sepanjang aku kat UKM ni  pernah aku makan benda lain. kalau malam je mesti akan order Kuew Teow Tom Yam, Mihun Tom Yam, Nasi putih ngan Tom Yam. semua beraskan Tom Yam.. tapi kalau mood Tom Yam xde aku akan order lain macam nasi goreng kampung, and mee bandung..

     Hah.. Jom cakap tentang makanan kegemaran sir azwan.. iaitu Karipap.. hehe.. sir sangat suka dengan karipap. kalau bagi dia karipap memang sekali makan je. itu sir.. kalau mak aku dia suka makan Mee Udang kat sungai 2. memang favourite dia.. kalau ayah aku dia tak kisah tapi yang paling dia suka ialah Lempeng. pergh.. lagi-lagi kalau mak aku masakkan sekali ngan sambal sardin memang makan 10 keping sekali makan je. memang sangat sedap..

     Hmm.kalau akak aku dia suka makan semua.. haha.. sebab tu dia comel. Abang aku yang first suka makan nasi goreng telur gentel yang mak aku buat. memang bertambah lah nanti. and last one abang aku yang second dia suka makan macam ala-ala mat saleh ni.. hmm..maybe setakat ni. thanks.. assalamualaikum

    Lastly.
    #senyum selalu.
    #staypositive




LEMAU

   Assalamualaikum.. Hah.. Harini and minggu ni aku nak cakap tentang lemau.. lemau ni banyak maknanya.. yang pertama lemau biskut. atau yang kedua lemau maksudnya macam tak larat.. aku nak citer yang kedua.. hmm. seriously sem 2 ni memang aku lemau giler.. sebab apa? sebab memang banyak sangat program, banyak sangat aktiviti, makin banyak kerja and so on.. minggu ni je macam-macam kena buat. contohnya kena cari dana untuk program aku, kena study untuk quiz and lain..

     haha.. memang lemau sangat sebab buat semua benda semua aku buat lembap.. haha.. sebab maybe macam biskut tu kot kalau dah lemau sangat jadi lembik. sebenarnya semua yang aku join ni sangat bagus sebab aku dapat macam-macam pengalaman.. aku dapat belajar tentang macam mana nak komunikasi ngan orang, macam mana nak cari dana, macam mana nak marketig and macam-macam lagi. cuma aku ni je yang tak tahan kot. sebab aku bukan seorang yang ada ciri-ciri kepimpinan. :)

      hmm... pasal lemau ni kita boleh ubh. maksudnya kita kena aktif and kena tahan dari segi fizikal dan mental.. hmm.. aku rasa sampai sini je kot aku punya tentang lemau.. hehe.. nanti seterusnya aku akan update... assalamualaikum guys..



Monday, 21 March 2016

KEDAH AND PENANG

        Assalamualaikum. hah. ni nak cerita. minggu ni aku balik rumah nak melawat mak and ayah aku kat rumah. sampai je kat rumah dapat tahu yang aku kena pi Kedah bak hang.. haha. so pagi-pagi sabtu tu kita orang pergi. sampai ke alor setar kita orang pegi. perghh.. best memang best tapi bahagian utara sangat panas. dengan bahangnya.

        Pergi kenduri rumah kawan-kawan ayah aku. semuanya dah bersara dari polis. memang happening tengok gelagat diorang semua. kita orang sampai kat alor setar tu pun dah petang dalam pukul 4. singgah pun tak lama. dalam 30 minit terus balik. hah. waktu balik and pegi memang sangat happening. sebab berkumpul dengan family.

     Balik dari Alor Setar kita orang terus gerak pegi Penang. Sebab ayah and abang aku tak tahan nak drive. lagipun abang aku dah booking Hotel. sampai je kat Penang memang best. Kita orang tengok macam-macam tempat yang memang sangat menarik. hmm.. Hotel yang aku duduk memang tak pernah aku mimpi boleh stay.. iaitu Hotel Hard Rock. 5 star beb.. memang sangat best. pekerja-pekerja diorang pun peramah sangat. pagi swimming semua. and kul 12 kita orang check out.

      Memang sangat best. penat sangat penat tapi kebahagiaan dengan family tu yang sangat penting bagi aku. so last but not least jom pegi jalan... yeah.. hahaha..



PASRAH

               Asslamualaikum. hmm. kali ni aku nak cakap tentang pasrah. pasrah ni sama je ngan redho. kita nak buat apa-apa kena usaha. doa and tawakkal. akhir sekali baru terima and pasrah apa yang korang usahakan. hmm... minggu lepas aku kena demam denggi. so cuti dalam seminggu lebih. memang banyak sangat kerja. so aku kena catch up balik semua yang aku dah tertinggal.

       Hmm.. aku terharu sebab sir azwan sanggup ajar aku balik tentang mail merge. haha. yang aku pasrah aku kena buat lebih.. hehe.... tapi xpe.. aku pasrah.. haha. sir baik orangnya..  kita ni sebagai manusia x boleh give up and senang-senang nak pasrah sedangkan kita tak usaha pun. kita kena bangun and bangkit walau macam mana jatuhnya kita. bangkitlah kembali.

         Kita nak pasrah boleh tapi kena dengan apa yang kita dah lakukan. contohnya kalau kita dah buat yang terbaik and dah berusaha sungguh-sungguh boleh lah nak pasrah. tapi kalau kita x usaha lagi and dah pasrah itu memang tak bagus. kita di dunia ni memang sementara tapi kita mesti nak yang terbaik di dunia dan akhirat juga kan. hmm.. last but not least pasrah adalah benda yang boleh kita terima tapi kena ada usaha.. yeahh... assalamualaikum.




Saturday, 12 March 2016

PERCUTIAN DI TERENGGANU

Assalamualaikum. masa cuti Raya Cina haritu, aku and keluarga pergi ke Terengganu untuk bercuti.kita orang pergi untuk 3 hari. memang best giler sebab pergi dalam 4 family. gerak kat sana lepas solat subuh and perjalanan ke sana alhamdulillah ok. jalan pun tak jam.

     Sampai je kat sana kita orang terus pegi Resort untuk rehat sebentar. Resort nya memang cantik and besar. hmm.. kat Terengganu ni memang terkenal ngan seafood and 'Kepok lekor'. petang sikit, kita orang pegi makan sotong goreng tepung. perghh.. memang beratur orang. lepas 1 jam baru kita orang dapat makan.

     Esoknya kita orang pergi Pasar Payang. Tempat yang wajib pegi bila datang Terengganu ni. memang ramai sangat orang pagi tu. maklumlah cuti sekolah kan. memang sesak sangat dekat pasar tu. harga pun murah juga kalau nak dibandingkan dengan KL. Pantai kami tak pegi sebab ombak sangat tinggi. macam-macam lagi kita orang pegi, antaranya masjid kristal dan lain-lain.

      Esoknya kita orang gerak balik. banyak nak citer tapi kita sambung nanti. so kalau nak pergi bercuti datanglah kat Terengganu. Kerepok lekor memang sedap-sedap. so sekian.

   

LESU

Minggu ni aku paling lesu sebab apa? sebab aku kena denggi. seminggu lebih aku tak pergi kuliah and dalam seminggu lebih jugalah aku kena amik darah selalu. seriously, memang tak larat giler and bila makan pun memang tak ada selera. Badan ni rasa nak baring je sampai kan buat keje pun tak larat.
    
       Denggi ni bahaya kalau korang nak tahu. sebabnya even kau dah tak demam lagi tapi platelet kau still akan turun and sekali platelet kau turun dia akan sentiasa turun. tapi aku alhamdulillah sekarang dah ok sikit. tapi seminggu lebih jugalah badan aku rasa LESU and tak tahu nak buat apa. 

     Denggi doktor pesan suruh minum 3 litre sehari and macam2 air juga aku minum, perghh.. memang tak sedap. tapi nak sembuh kena minum juga, nak tak nak kena minum. Denggi tak ada ubat. ubatnya ialah minum air banyak so virus akan keluar melalui kencing kita. 100 plus kena minum supaya ada tenaga and supaya badan tak rasa Lesu je. 

    So, korang kat luar jaga diri. kalau nak makan sebelum pukul 6 sebabnya nyamuk denggi ni akan keluar pukul 6-8 tak kira pagi atau petang. bye..

Monday, 7 March 2016

Orang yang telah pergi

     Assalamualaikum. harini aku nak cerita tentang orang yang telah pergi. Dalam kehidupan aku banyak yang telah pergi, Antaranya arwah atuk dan nenek, arwah makcik-makcik aku, dan ramai lagi. ye memang betul setiap manusia pasti akan mati. kat sini aku nak cerita betapa rindunya aku dengan mereka semua. aku tak dapat rasa kasih sayang atuk dan nenek aku ni sejak aku tadika lagi. so wajah mereka pun kadang-kadang aku ingat kadang-kadang aku tak ingat.

      Mereka semua meninggal sebab sakit. Atuk aku meninggal sebab kanser tekak, makcik aku meninggal sebab kanser payudara and kena ragut. Nenek aku meninggal mungkin kerana sakit tapi ada orang kata mungkin sebab buatan orang. hmm.. Arwah nenek dan atuk aku merupakan owner di Restorang Antarabngsa kat Ayer Hitam, Batu pahat. Cakap tentang restoran ni semua orang kenal. Antara artis yang datang juga ramai. yang datang waktu tu semua artis-artis veteran je. hihi. antaranya Arwah Seniwati Dato Sharifah Aini.

Pengalaman dengan Arwah atuk and nenek aku memang tak banyak tapi aku sentiasa ingat wajah dan sentiasa mendoakan mereka di sana semoga tergolong dalam orang-orang yang beriman. bukan sahaja mereka malah makcik-makcik, saudara mara aku yang lain juga akan ku doakan buat mereka.

AL-FATIHAH....

buat nendaku yang tercinta.



Friday, 4 March 2016

AKU

AKU adalah seorang manusia dan manusia yang selalu membuat kesilapan. AKU adalah Nur Rasyidah binti Suraji. AKU dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah , Johor Bahru. Aku adalah anak bongsu daripada 4 adik- beradik. AKU memang seorang yang sangat manja dan jika aku rapat dengan seseorang itu aku memang akan kawan dengan dia , jaga dia and everything pasal dia aku akan jaga. AKU suka berkawan dengan semua orang tapi aku ni jenis tengok orang gak. huhu. kalau orang tu aku rasa aku tak boleh ngam, aku akan 
biasa - biasa je ngan dia. 

AKU ni sangat pentingkan mak aku sebab dia adalah 
segala - galanya bagi aku. Bagi aku kawan itu memang penting tapi jika aku perlu buat pilihan aku akan pilih mak AKU. Yes, memang ada orang kata aku ni anak emak, aku ni anak manja. AKU tak kisah pun orang nak kata apa yang penting aku dapat jaga hati mak AKU. Lagipun mak AKU bukan macam dulu yang waktu zaman muda dia dulu boleh buat banyak kerja. AKU rasa sampai sini je penulisan blog tentang AKU. Nanti aku sambung lagi. 

#senyumselalu